Adillah Ala Wujudillah
Sinopsis Kewujudan Allah s.w.t adalah sesuatu yang cukup terang sehingga setengah pihak yang ekstrem berpendapat kewujudan Allah tidak perlu kepada dalil lantaran terlalu jelas. Walau bagaimanapun dalil-dalil yang membuktikan kewujudan Allah ini boleh kita lihat dari berbagai aspek, antaranya dari aspek fitrah, aspek pancaindera, dari aspek logika /akal, dari aspek nas/naql dan juga dari aspek sejarah. Bila kita membicarakan dalil-dalil kewujudan Allah, kita tidak bermaksud perbincangan-perbincangan falsafi yang merumitkan tetapi bagaimana dalil-dalil itu dapat difahami dengan mudah dan menunjangkan keyakinan terhadap Allah s.w.t. Penjelasan 1. Dalil Fitrah Syarah Dalil 2. Dalil Indera Syarah Dalil 3. Dalil Aqli Syarah Dalil 4. Dalil Naqli Syarah Dalil 5. Dalil Sejarah Syarah Dalil Mengagungkan Allah dan Mentauhidkan Allah Syarah Dalil
Mawani’ Makrifatullah
Sinopsis Walaupun ayat-ayat Allah terbuka kepada siapa saja yang ingin membaca dan menelitinya , namun terdapat berbagai halangan yang akan menghentikan kita yang didorong oleh iblis dan hawa nafsu untuk memastikan anak cucu adam terus berada di dalam kesesatan dan jauh dari petunjuk Allah s.w.t. Halangan-halangan ini muncul dalam bentuk sifat-sifat pribadi yang kontradiktif berpuncak dari syahwat seperti nifaq, takabbur, zalim, dusta dan sifat-sifat yang berpuncak dari salah faham atau syubhat seperti jahil, ragu-ragu, menyimpang. Kesemua ini menyebabkan kekufuran terhadap Allah s.w.t. Hasyiah Sifat yang berasal dari penyakit syahwat 1. Fasiq Syarah Dalil 2. Sombong Syarah Dalil 3. Zalim 4. Dusta 5. Banyak dosa Semua sifat-sifat yang disebutkan di atas tadi akan berakhir dengan kemurkaan dari Allah s.w.t. Walau bagaimanapun sifat-sifat ini boleh dirawati dan diubati dengan usaha yang penuh mujahadah. Manakala kelompok kedua adalah sifat-sifat yang berasal dari penyakit syubhat yang ada pada personaliti seseorang. 7. Jahil 8. Ragu-ragu 9. Menyimpang 10. Lalai Semua sifat-sifat yang berpunca dari syubhat ini akan berakhir dengan kesesatan kerana ia menghalang dari menerima hidayah daripada Allah. Fenomena ini boleh diubati dengan ilmu-ilmu Islam yang di dapati lalu diaplikasikan dalam bentuk amalan .
At-Thoriq Ila Makrifatillah
Sinopsis Apabila kita ingin mencapai sesuatu sasaran, pastinya kita mesti tahu apakah dan bagaimanakah jalan yang akan menyampaikan kita kepada sasaran itu. Begitu juga dengan sasaran untuk mengenal Allah bukan sebarangan cara boleh digunakan kerana jalan yang tidak betul akan membawa kepada pengenalan yang salah. Jalan menuju kepada makrifatullah adalah menerusi ayat-ayat yang terang dan jelas sebagai satu penyataan dari Allah (ayat qauliah). Ayat ini adalah penyataan-penyataan pengenalan yang difirmankan oleh Allah sendiri di dalam al-Quran. Selain itu, ada juga ayat-ayat kauniah yang menjadi bahan berfikir manusia terhadap kejadian alam yang begitu unik ini. Dari dua jalan ini Islam mengajak manusia menggunakan akal dan juga naql untuk menuju makrifatullah . Kedua-dua metod ini akan melahirkan keyakinan, langsung mencetuskan pembenaran (tasdiq) dalam hati kecil manusia yang akhirnya membuahkan keimanan yang mantap terhadap Allah s.w.t. Selain metod ini, ada juga manusia yang menggunakan metod duga-dugaan dan hawa nafsu untuk mengenal Allah. Paling pasti adalah mereka tidak akan bertemu sasarannya yang sebenar malah dia boleh dipermainkan oleh syaitan seperti yang berlaku kepada penganut hindu, budha dan lain-lain lagi yang menggambarkan tuhan itu mengikut apa yang mereka khayalkan. Metod ini akan berakhir dengan kekufuran. Hasyiah 1.Jalan menuju pengenalan terhadap Allah s.w.t . Syarah 2.Ayat Qauliah Syarah Dalil 3.Ayat Kauniah Syarah Dalil 4.Metod Islam dengan naqli dan akal Syarah Dalil 6.Tasdiq (membenarkan) Syarah Dalil 7.Menghasilkan iman Syarah 8.Metod selain Islam Syarah 9.Dugaan dan hawa nafsu Syarah Dalil 10.Ragu-ragu Syarah Dalil 11.Berakibat kufur Semua metod pengenalan yang tidak berasaskan cara yang dianjurkan oleh Islam iaitu menerusi aql dan Naql akan menemui jalan serabut iaitu kekufuran terhadap Allah s.w.t.
Ahammiah Makrifatullah
Sinopsis Makrifatullah atau mengenal Allah adalah subjek utama yang mesti disempurnakan oleh seorang muslim. Para mad'u yang diajak untuk terlibat sama di dalam dakwah mestilah dipastikan betul mereka memiliki kefahaman dan pengenalan yang sahih terhadap Allah s.w.t. Mesti terpacak kukuh di dalam hati sanubari bahawa Allah adalah sebagai "Rabb" kepada sekelian alam. Keyakinan ini tentu sekali bersandarkan kepada berbagai dalil dan bukti yang kukuh. Dari keyakinan ini, akan membuahkan peningkatan iman dan taqwa. Personaliti merdeka dan bebas adalah yang lahir dari pengenalan yang mantap terhadap Allah. Juga akan lahir ketenangan, keberkatan dan kehidupan yang baik sebagai manifestasi dari mengenali Allah. Di akhirat akan dikurniakan pula dengan balasan syurga Allah. Semua ini adalah bergaris penamat di keredhaan Allah s.w.t. Hasyiah 1. Kepentingan ilmu makrifatullah Syarah: Dalil: 2. Tema perbicaraan makrifatullah - Allah Rabbul Alamin Syarah: Dalil: 3. Didukung dengan dalil yang kuat:, 75: 14-15 Syarah: Dalil: Aqli - 3:190: Kejadian langit, bumi dan pertukaran siang malam menjadi bukti bagi orang yang berfikir 4. Dapat menghasilkan : peningkatan iman dan taqwa Syarah: 5. Kemerdekaan 6. Ketenangan 7. Barakah 8. Kehidupan yang baik 9. Syurga 10. Mardhotillah:
Fitri - 7:172 : Pertanyaan Allah kepada anak adam di alam fitrah, bukan Aku tuhanmu ? Lalu diakuri