TAKRIFUL QURAN

Posted by www.amandelsehat.com | 7:17 PM

Objektif

a.Memahami definisi AI Qur'an dan dapat menunjukkan kelebihan-kelebihannya berdasarkan definisi tersebut.

b.Termotivasi untuk sentiasa membaca AI Qur'an dalarn rangka beribadah kepada Allah

AI-Quran adalah kalam Allah yang merupakan mukjizat yang diturunkan kepada nabi Muhammad s.a.w yang disampaikan kepada kita secara mutawatir dan membacanya merupakan ibadah

Hasiyah

Apabila disebut nama al-Quran, ia mengandungi beberapa hakikat yang berikut:

1. Kalamullah

Syarah

a Kalam adalah wasilah untuk menerangkan sesuatu di dalam diri dengan ilmu pengetahuan, nasihat atau berbagai kehendak Ialu memahamkan perkara itu kepada orang lain. Tentu sekali Allah bersifat dengan sifat kalam. Tersebut di dalam al-Ouran bahwa Allah berbicara dengan Nabi Musa dan al-Quran sendirl telah menerangkan bahwa al-Quran itu adalah kalam Allah. Maka kalam yang didengar dari Allah itu sudah pasti menjadi salah satu sifat dan juga keadaan yang ada pada Allah.

* Kitab-ktab yang telah diturunkan oleh Allah kepada para Nabi a.s adalah menjadi di antara fenomena bahwa Allah s.w.t bersifat dengan sifat Kalam. Allah s.w.t telah berbicara dengan setengah nabinya seperd Musa dan Muhammad pada malam mi'raj dan Allah akan berbicara dengan banyak lagi hambanya pada hari kiamat.

Adapun hakikat kalam itu sebagai sifat Allah , kita tidak mengetahui bagaimanakah keadaannya. Yang kita percaya bahwa Dia tidak sebagaimana kalam makhluk dari segi lafaz yang keluar dari celah kedua bibir dan juga lidah yang dikawal oleh paru-paru, kerongkong dan juga gigi. 'tidak ada sesuatupun yang menyerupai Dia.

Allah bercakap kepada siapa yang dikehendaikinya dari kalangan hambanya, malaikat

maupun yang lainnya.

Dalil

a (53:4) : Allah s.w.t telah menceritakan kepada kita bahwa al-Quran itu tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepada Nab Muhammad s.a.w.

2. Mukjizat

Syarah

* AI-Quran yang merupakan kalamullah itu adalah mukjiizat yang cukup hebat, tetap dan kekal walaupun melalui peredaran zaman. Mukjizat ini diakui oleh para cendikiawan dahulu dan juga sekarang. Sampai saat ini pun al-Quran masih menjadi sumber rujukan utama kepada para pengkaji baik dalam ilmu sosial, sains, bahasa dan lain-lainnya. Tidak pernah ada satu kitabpun sebelum ini yang membawa penyataan-penyataan yang boleh dijadikan bahan kajian beratus tahun. Dalam bidang bahasa, pakar-pakar bahasa Arab dari zaman dahulu hingga sekarang tetap menjadikan al-Quran sobagai rujukan. Begitu juga dalam bidang astronomi, kaji bumi, ilmu perbidanan dan sebagainya.

Mukjizat al-Quran juga mencabar jin dan juga manusia. Mencabar dari segi membuat sesuatu yang seumpama al-Quran ataupun mencabar dari segi kemampuan mencipta sesuatu seperti cabaran supaya manusia berkumpul untuk menciptakan seekor Ialat, dijawab oleh al-Quran bahawa mereka semuanya tidak akan mampu.

Mukjizat yang menjadikan semua pendukung kesesatan dan ekstremes nafsu terduduk membisu kerana hakikat yang dinyatakan oleh al-Quran itu adalah benar dan hakikat semuanya yang tidak akan mampu sama sekali pendukung hawa dan kesesatan untuk

berhujjah di hadapan al-Quran.

* Allah telah menjadikan al-Quran sebagai basahan hati kepada rnereka yang mempunyai penglihatan dan makrifat. Mukmin akan merasa tenang dan hampir diri dengan kebenaran apa bila mendampingi al-Quran kerana hakikat diri manusia yang lemah diceritakan oleh AlIah dan hakikat pergantungan sebenar manusia adalah kepada yang benar-benar berkuasa. Tidak ada kuasa lain yang mengatasi kudrat dan kemampuannya. Oleh itu isi al-Quran membawa keceriaan kepada mukmin dan takutkan kepada azab neraka.

* Mukjizat al-Quran ini tidak menjadi usang lantaran penolakan berterusan oleh golongan yang tidak beriman dan juga peredaran masa . Ini kerana apa yang dikandung oleh al-Quran adalah merupakan thawabit dalam sistem pemerintahan dan kejadian alam seluruhnya. Manusia yang dangkal pemikrannyanya berusaha menolak al-Quran kerana merasakan al- Qu.ran itu bertentangan dengan kehendak dan keinginan nafsunya. Sememangnya tuntutan nafsu ini adalah kontradiktif dengan tuntutan asal manusia dijadikan. Oleh itu mereka tidak akan mampu menolak thawabit yang telah diciptakan oleh Allah s.w.t. -

* Mukjizat ini tetap dijaga oleh Allah seperti yang dijanjikan olehnya di dalam al-Quran (15: 9) Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan az-Zilwa (al-Quran) dan Kamilah yang akan menjaganya.

Dalil

* (2:23) Allah mencabar manusia, jika mereka meragukan al-Quran yang Allah turunkan coba buatkan satu surah yang lain seumpamanya dengan membawa saksi-saksi selain dari Allah jika mereka adalah pihak yang benar!

* (11:14) jika mereka tidak memperkenankan permintaan kamu, maka ketahuilah bahwa sesungguhnya al-Quran itu diturunkan dengan pengetahuan Allah dan bahwa tidak ada tuhan selain Dia. Adakah kamu orang-orang muslimin patuh mengikutinya!

(17:88) Sekali lagi Allah mencabar bahwa jika manusa dan jin berhimpun untuk mengadakan sesuatu seumpama al-Quran, nescaya mereka tidak akan mampu berbuat demilkian.

3. Diturunkan kepada hati Nabi Muhammad s.a.w

Syarah

* Allah s.w.t telah menurunkan al-Quran ini secara langsung kepada Nabi Muhammad s.a.w melalui utusannya jibril a.s. Kisah penerimaan wahyu pertama oleh Baginda di Gua Hira' mengisyaratkan betapa beratnya urusan itu diterima sehingga beberapa kali dipeluk oleh jibril dan Baginda menggigil kesejukan. Proses penurunan itu ditangani langsung oleh jibril kepada Nabi Muhammad s.a.w. Setiap ayat yang diturunkan dihafal oleh baginda sehingga sempurna sebuah al-Quran.

Dalil

.c (26:192-195) Sesungguhnya al-Quran itu diturunkan oleh Tuhan semesta alam. Diturunkan oleh ruh yang suci (Jibril). Kedalam hati engkau (Ya Muhammad) supaya engkau memberi peringatan. Dengan Bahasa Arab yang terang.

4. Di sampaikan secara mutawatir sehingga terpelihara asolahnya Syarah

• AI-Quran yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w adalah sebagai petunjuk kepada manusia. Oleh itu apabila wahyu itu sampai kepada Rasulullah, baginda terus menyampaikan kepada para sahabat terutama golongan huffaz yang bertugas menghafal wahyu-wahyu dan ditulis oleh para sahabat yang ditugaskan khusus yang sentiasa ternanti-nanti sesuatu yang baru.

• AI-Quran yang diturunkan itu ditulis dengan arahan dari Nabi s.a.w di atas pelepah- pelepah tamar, tulang-tulang, kulit-kulit binatang dan sebagainya mengikut tertib penurunannya. Di kalangan sahabat ada yang membuat salinan khusus untuk simpanan sendiri dari Rasulullah s.a.w. Pada zaman Abu Bakar, Zaid bin Thabit telah dipertanggungjawabkan mengumpul al-Quran ke dalam satu mashaf setelah bermusyawarh dengan Umar. Pada zaman Uthman, mashaf pertama telah ditulis berdasarkan naskhah yang tersimpan pada Hafsah binti Umar yang telah dikumpulkan oleh Abu Bakar. Zaid bin Harithah, Abdullah bin Az-Zubair, Said bin AI-'Ash dan Abdul Rahman bin AI-Harith telah ditugaskan untuk melaksanakan tugas itu dengan meraikan apa-apa perbezaan yang ada. Uthman menyimpan satu naskah, manakala yang lain dihantar ketempat-tempat lain. Sehingga ke hari ini mushaf ini dikenal sebagai mushaf utsmani.


 


 

5. Membacanya adalah ibadat

Syarah

Membaca al-Quran adalah nembaca kalamullah yang mengandung berbagai jenis petunjuk dari Allah s.w.t untuk kepentingan manusia. Oleh itu membaca al-Quran adalah ibadah yang dituntut kepada manusia melakukannya. Apabila kita membaca al-Ouran, Allah menjanjikan ganjaran yang cukup besar dan kelebihan-kelebihan yang tiada tandingannya.

Dalil

(35:29-30) Orang-orang yang membaca al-Quran, bersolat dan bernafkah harta, Allah akan menyempurnakan pahala mereka dan menambahi kepada mereka dengan karunia-Nya.

Hadith riwayat Aisyah, baginda bersabda: Orang yang membaca al-Quran sedangkan dia seorang yang lancar, maka dia akan bersama dengan malaikat safarah yang menghitung amalan kebaikan lagi yang berbuat kebajikan. Manakala sesiapa yang membaca al-Quran dalam keadaan tergagap-gagap dan sukar, maka dia akan memperoleh dua ganjaran. - riwayat Bukhan dan Mushin.

Haditli riwayat Abu Musa al-Asya'ari: Orang mukmin yang men-ibaca al-Quran umpama citron (sejenis limau). Baunya harwn dan rasanya lazat. Orang mukmin yang tidak membaca al-Quran umpama buah kurma. la tidak mempunyai bau tetapi rasanya sedap dan manis. Orang munafiq yang membaca al-Quran umpama buah raihanah, baunya sedap tetapi rasanya pahit. Orang munafiq yang tidak membaca al-Quran umpama petola, ia tidak mempunyai bau dan rasanya pahit. - riwayat Bukhari dan Muslim

* Hadith riwayat Abu Umamah al-Bahili: Bacalah al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat kepada tuannya. - riwayat Muslim

Ringkasan Dalil

* AI Qur'an adalah kalam Allah yang merupakan mukjizat yang diturunkan kepada Muhammad SAW yang disampaikan kepada kita secara rnutawatir dan membacanya merupakan ibadah

*AI Qur'an: kalam Allah (53:4), mukjizat (2:23, 11:14, 17:18, hadits), diturunkan kepada hati Muhammad SAW (26:192-195), disampalkan secara mutawatir sehingga terpelihara asholahnya (hadits), membacanya adalah ibadah (hadits).

0 comments